Monday 3 October 2011

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11




PUTRAJAYA: Sejumlah 560 unit kediaman mampu milik fasa pertama program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, mula dibuka untuk permohonan kepada mereka yang bekerja dan tinggal di Pusat Pentadbiran Persekutuan, di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, daripada jumlah itu, 420 unit berkeluasan 815 kaki persegi (76 meter persegi) pada harga RM120,000 setiap satu, manakala 140 unit lagi dengan keluasan 1,006 kaki persegi (93 meter persegi) berharga RM150,000.
Menurutnya, pemohon tertakluk kepada syarat kelayakan ditetapkan, termasuk menjadi pengundi berdaftar di Putrajaya.
“Syarat (asas) layak memohon adalah warga negara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri), memiliki satu rumah di Malaysia atau mereka belum lagi memiliki rumah,” katanya, pada sidang media, di sini, semalam.
PR1MA yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai lalu adalah program kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah lebih meluas, terutama kumpulan berpendapatan sederhana dengan menyediakan lebih banyak kediaman mampu milik di bandar utama.
Unit PR1MA pula bertanggungjawab sebagai pihak berkuasa yang membangunkan, mengurus serta mengendali komuniti dan kediaman Prima dibina bawah programnya.
Abdul Mutalib berkata, kediaman pangsapuri bawah fasa pertama PR1MA itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH), dengan kos pembinaannya melebihi daripada harga yang ditawarkan.
“Maklumat (kos) itu berada pada pemaju. Kita tidak ada angka tepat, (tetapi) memang melebihi daripada harga yang ditawarkan untuk presint 11 ini.
“Jadi, mereka yang berminat bolehlah melayari laman web JPM di http://www.pmo.gov.my untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan serta cara untuk memohon. Permohonan dibuka dari sekarang sehingga tengah malam 12 Oktober 2011. “Permohonan ini tiada sistem kuota, malah ia terbuka kepada mereka yang layak. Format permohonan yang kami perkenalkan ini juga ringkas, kerana pemohon hanya tandakan pada petak,” katanya.
Menurutnya, sehingga jam 1.30 tengah hari semalam sudah ada 470 pemohon membuat permohonan membeli kediaman berkenaan.
Katanya, mereka yang berminat dan berkelayakan tidak perlu khuatir terhadap permohonan mereka kerana proses dan peruntukan unit kediaman itu akan dilakukan secara telus.
“Ia akan dipantau firma akauntan bertauliah yang akan dilantik, malah proses berkenaan telus dan adil bagi semua pemohon serta mematuhi piawaian dan prosedur ditetapkan.
“Unit berkenaan akan diperuntukkan melalui proses cabutan undi terbuka yang diadakan pada 15 Oktober 2011 dan majlis ini disempurnakan bersama Perdana Menteri,” katanya.
Sementara itu, mengenai Unit PR1MA, beliau berkata, struktur organisasinya dirangka serta tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Kabinet termasuk akta Parlimen yang akan diumumkan nanti.
Katanya, unit itu akan menguruskan proses pendaftaran dan peruntukan kediaman bawah program PR1MA dan memberi sokongan dalam memperuntukkan rumah dibina pihak swasta yang menerima bantuan daripada kerajaan melalui kaedah kerjasama awam swasta.

Syarat Mohon Rumah 1Malaysia Putrajaya Presint 11 (PRIMA)

Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia atau PR1MA, akan ditubuhkan bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek di bawah program tersebut di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata perbadanan khas yang akan terletak di bawah Pejabat Perdana Menteri itu juga akan membuat pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.
Sehubungan itu, katanya akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan diluluskan oleh Parlimen pada sidang akan datang.
“Ini kerana (penubuhannya) kita melihat bahawa unit ini akan memberi satu peluang yang cukup baik untuk kita membangunkan sebuah industri secara besar-besaran.
“Mudah-mudahan dengan tertubuhnya perbadanan khas ini, maka program PR1MA akan menjadi program yang sangat penting selaras dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya ketika melancarkan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, di sini Isnin.
Najib berkata dasar baru itu akan dapat melonjakkan ruang pemilihan rumah untuk rakyat dan menjamin masa depan yang lebih baik kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.
“Saya amat berharap program ini akan dilaksanakan terutama sekali (projek perumahan) yang telah dikenal pasti, secepat mungkin kerana keperluannya adalah amat tinggi dan ramai yang menantikan pelaksanaannya.
“Lebih-lebih lagi, projek ini sangat diminati oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, pada sidang media, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Noriyah Ahmad berkata perbadanan itu dijangka ditubuhkan awal tahun depan.
Katanya pendaftaran untuk membeli rumah di bawah program PR1MA hanya boleh dilakukan selepas penubuhan perbadanan khas itu.Sumber : Bernama
Syarat Memohon Rumah Malaysia D i Putrajaya Presint 11
Menjadi pengundi berdaftar di Putrajaya.
Syarat (asas) layak memohon adalah warga negara Malaysia,
berumur 21 tahun ke atas,
berpendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri),
memiliki satu rumah di Malaysia atau mereka belum lagi memiliki rumah,
mereka yang berminat bolehlah melayari laman web JPM dihttp://www.pmo.gov.my untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan serta cara untuk memohon.
Permohonan dibuka dari sekarang sehingga tengah malam 12 Oktober 2011.
Permohonan ini tiada sistem kuota, malah ia terbuka kepada mereka yang layak. Format permohonan yang kami perkenalkan ini juga ringkas, kerana pemohon hanya tandakan pada petak.
Unit berkenaan akan diperuntukkan melalui proses cabutan undi terbuka yang diadakan pada 15 Oktober 2011 dan majlis ini disempurnakan bersama Perdana Menteri

No comments:

Post a Comment