Sunday 9 October 2011

Nurse dan Pengawal Keselamatan D Hospital kerajaan



Hari ini penulis nak ceritakan tentang kakitangan di hospital kerajaan.. penulis hanya nak tahu pendapat dikalangan anda semua.. tetapi kalau ada salah penulis minta maaf ye.. tapi ini yang benar2 berlaku depan mata penulis..... hari ini penulis pergi ke sebuah hospital kerajaan di pantai timur kerana menziarahi nenek penulis yang  sakit..pertamanya  apa yang boleh penulis bagitahu adalah tentang nurse(jururawat) disana adalah tidak menghormati pesakit disitu... entah la kecewa sikit penulis dengan jururawat tersebut.. kita tanya baik2 tapi jawab bukan main x ada adap...  penulis kadang2 terpikir nak je komplen kat pihak atasan.. betula kata orang ramai nurse kat hospital kerajaan ni kurang adap... tapi pada pendapat penulis la.. nurse 2 x sepatutnya biadap dengan pesakit di hospital tersebut.. bukan kerja sukarela tapi dibayar gaji...bukan penulis nak minta layanan seperti VIP TETAPI cuma harap nurse tersebut lebih berbudi bahasa...

Dan satu lagi ketidakpuasan hati penulis adalah pengawal keselamatan dihospital tersebut.. ada satu keluarga yang ahli keluarganya agak tenat.. jadi ramai la datang untuk melihat makcik tersebut..tetapi lepas waktu lawatan dalam pukul 10mlm tapi yang buat penulis terkilan pengawal keselamatan tersebut halau minta keluarga makcik tersebut keluar.. apa yang penulis dengar pengawal 2 bagitahu kerana menggangu pesakit lain... tapi bagi penulis sepatutnya bagi peluang kepada ahli keluarga makcik tersebut di saat nazak tersebut... bagaimana kalau ia terjadi pada ahli keluarga kita sendiri.. dan pada sebelah pagi penulis ke hospital sekali lagi .. dan penulis mendapat berita yang makcik tersebut telah meninggal dunia... sedih sangat penulis kalau saat terakhir makcik tersebut ahli keluarga tiada disisi..sama2la kita sedekahkan al fatihah untuk arwah makcik tersebut.... walaupon penulis tidak mengenali arwah makcik tesebut tapi penulis benar2 terkilan dengan tindakan pihak pengawal keselamatan di hospital tersebut..


p/s pandangan pembaca tentang isu ini????

No comments:

Post a Comment