Wednesday 16 November 2011

ISU TERKINI: tuntutan perkeso

ISU TERKINI: tuntutan perkeso: TUNTUTAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) DI BAWAH AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA, 1969 Untuk makluman, PERKESO mentadbirkan dua j...

tuntutan perkeso


TUNTUTAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) DI BAWAH AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA, 1969

Untuk makluman, PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan (Employment Injury Insurance Scheme) dan Skim Pencen Ilat (Invalidity Pension Scheme).
A. SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN
1. PERLINDUNGAN
I. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya
II. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
III. Kemalangan Semasa Kecemasan
IV. Penyakit Khidmat
2. FAEDAH-FAEDAH
I. Faedah Perubatan
II. Faedah Hilangupaya Sementara
III. Faedah Hilangupaya Kekal
IV. Elaun Layanan Sentiasa
V. Faedah Pemulihan
VI. Faedah Orang Tanggungan
VII. Faedah Pengurusan Mayat
VIII. Faedah Pendidikan
B. SKIM PENCEN ILAT
1. FAEDAH-FAEDAH
I. Faedah Pencen Ilat
II. Bantuan Ilat
III. Elaun Layanan Sentiasa
IV. Pencen Penakat
V. Faedah Pengurusan Mayat
VI. Faedah Pemulihan
VII. Faedah Pinjaman Pendidikan
Pekeliling ini hanya menggariskan secara ringkas tentang tuntutan Faedah Hilangupaya Sementara dan Faedah Hilangupaya Kekal di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan seperti di Lampiran 1.
Lampiran1
FAEDAH HILANGUPAYA SEMENTARA
Pembayaran Faedah
· Bergantung kepada jumlah hari cuti sakit yang disahkan oleh doktor. Jumlah hari tidak berupaya kerja mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan
· Akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit. Faedah tidak akan dibayar pada hari pekerja datang bekerja dalam tempoh cuti sakit
Cara Tuntutan
· Borang 21(Laporan Kemalangan)
· Borang 10 (Borang Tuntutan)
· Perakuan Doktor (Borang 13) atau Sijil Cuti Sakit asal
· Salinan kad pengenalan
· Rekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu/Pengesahan Majikan
· Borang PKS (F) 1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
· Bagi kemalangan semasa dalam perjalanan, perlu sertakan dokumen tambahan iaitu Laporan Polis dan Peta Lakar Tempat Kejadian
Bagi tuntutan Penyakit Khidmat (Occupational Disease), tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan:
· Borang 68 (sekiranya pekerja masih bekerja)
· Borang 69 (sekiranya pekerja telah berhenti kerja)
· Sijil Cuti Sakit asal (jika ada)
· Borang 10 (jika ada cuti sakit)
Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PERKESO di mana majikan didaftarkan. Tempoh Lapor Kemalangan oleh anggota hendaklah dalam tempoh empat puluh lapan (4  jam dan laporan yang diterima melebihi dua belas (12) bulan akan ditolak.
FAEDAH HILANGUPAYA KEKAL
Hilangupaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah bagi seseorang pekerja dalam segala pekerjaan yang ia sanggup menjalankan pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilangupaya itu. Orang berinsurans yang telah tamat cuti sakit dan mengalami hilangupaya kekal boleh membuat tuntutan ini.
Cara Tuntutan
· Borang Permohonan
· Salinan Kad Pengenalan
· Laporan Perubatan (dari hospital/klinik yang memberi rawatan)
· Borang 10 (Borang Tuntutan)
· Borang PKS(F)1 (Kenyataan Butir-Butir Gaji/Caruman)
· Nombor dan salinan buku akaun untuk pembayaran terus ke akaun simpanan
Tempoh Tuntutan
Had masa adalah dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perakuan sijil cuti sakit

Sunday 16 October 2011

Iphone 4s






















salam 1Dunia, majoriti peminat Apple agak kecewa apabila iPhone 5 yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Saham Apple jatuh 5% setelah CEO baru Apple, Tim Cook melancarkan versi baruiPhone 4S yang akan mengantikan iPhone 4. iPhone 5 seperti dalam entri sebelum ini dijangkakan akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada 12 bulan dari pelancaran iPhone 4S.

iPhone 4S yang lebih laju dan berprestasi lebih baik berbanding iPhone 4 dilancarkan di Amerika Syarikat dijangka akan memasuki pasaran Amerika pada 14 Oktober 2011 dan Maxis Malaysia telah berjanji untuk membawa secepat mungkin ke Malaysia.
Antara ciri-ciri baru iPhone 4S adalah :
1. Kamera 8 megapixel dengan resolusi sensor yang lebih tinggi
2. Processor A5 dual-core yang 7 kali lebih pantas dari iPhone 4
3. Design world antena baru yang lebih baik kuasa penerimaannya
4. Bateri yang lebih besar dan tahan lama
5. Menggunakan sistem operasi baru iOS5 yang mempunyai iCloud dan iMessage yang menjadikan iPhone 4S berbeza berbanding iPhone 4.
6. Arahan suara baru SIRI contohnya apabila kita tanya cuaca, iPhone 4S akan menjawab secara automatik laporan cuaca setempat.
iPhone 4S warna hitam dan putih akan dijual pada harga USD199 untuk iPhone 4S 16gb, USD299 untuk iPhone 4S 32gb dan USD399 untuk iPhone 4S 64gb. Ini bermakna harga iPhone 4S Malaysia juga tidak akan jauh beza dengan harga iPhone 4.
Tak sabar nak menunggu pelancaran iPhone 4S Malaysia oleh Maxis.

Sunday 9 October 2011

Nurse dan Pengawal Keselamatan D Hospital kerajaan



Hari ini penulis nak ceritakan tentang kakitangan di hospital kerajaan.. penulis hanya nak tahu pendapat dikalangan anda semua.. tetapi kalau ada salah penulis minta maaf ye.. tapi ini yang benar2 berlaku depan mata penulis..... hari ini penulis pergi ke sebuah hospital kerajaan di pantai timur kerana menziarahi nenek penulis yang  sakit..pertamanya  apa yang boleh penulis bagitahu adalah tentang nurse(jururawat) disana adalah tidak menghormati pesakit disitu... entah la kecewa sikit penulis dengan jururawat tersebut.. kita tanya baik2 tapi jawab bukan main x ada adap...  penulis kadang2 terpikir nak je komplen kat pihak atasan.. betula kata orang ramai nurse kat hospital kerajaan ni kurang adap... tapi pada pendapat penulis la.. nurse 2 x sepatutnya biadap dengan pesakit di hospital tersebut.. bukan kerja sukarela tapi dibayar gaji...bukan penulis nak minta layanan seperti VIP TETAPI cuma harap nurse tersebut lebih berbudi bahasa...

Dan satu lagi ketidakpuasan hati penulis adalah pengawal keselamatan dihospital tersebut.. ada satu keluarga yang ahli keluarganya agak tenat.. jadi ramai la datang untuk melihat makcik tersebut..tetapi lepas waktu lawatan dalam pukul 10mlm tapi yang buat penulis terkilan pengawal keselamatan tersebut halau minta keluarga makcik tersebut keluar.. apa yang penulis dengar pengawal 2 bagitahu kerana menggangu pesakit lain... tapi bagi penulis sepatutnya bagi peluang kepada ahli keluarga makcik tersebut di saat nazak tersebut... bagaimana kalau ia terjadi pada ahli keluarga kita sendiri.. dan pada sebelah pagi penulis ke hospital sekali lagi .. dan penulis mendapat berita yang makcik tersebut telah meninggal dunia... sedih sangat penulis kalau saat terakhir makcik tersebut ahli keluarga tiada disisi..sama2la kita sedekahkan al fatihah untuk arwah makcik tersebut.... walaupon penulis tidak mengenali arwah makcik tesebut tapi penulis benar2 terkilan dengan tindakan pihak pengawal keselamatan di hospital tersebut..


p/s pandangan pembaca tentang isu ini????

Galaxy S II – Kelajuan Pemproses 1.2 GHz Dual Core.



Samsung Galaxy S 2 Malaysia


Samsung Galaxy S II Malaysia | Samsung Galaxy S 2 Malaysia
samsung galaxy s ii malaysia 2 Galaxy S   2 Kelajuan Pemproses 1.2 GHz Dual Core 



NIPIS, ringan dan pantas adalah elemen penting yang terdapat model terkini, Samsung Galaxy S II yang dilancarkan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, Samsung Galaxy S II adalah skrin peranti telefon paling jelas yang terdapat di pasaran.
“Melalui skrin Amoled bersaiz 109.22 milimeter, ia memberi paparan imej yang jelas dan jernih. Ia sesuai dengan penggunaan rakaman kamera gambar dan video lapan megapiksel.
“Skrinnya mampu memaparkan imej sehingga 1080p menjadikan paparan visual nampak hidup serta mempunyai kedalaman.
“Selain paparan yang jelas, Samsung Galaxy S 2 turut mempunyai daya kuasa dan keupayaan yang lebih laju,” ulas Jae Hoon dalam majlis pelancaran gajet itu.
Generasi kedua Galaxy S II itu dilengkapi dengan kelajuan pemproses 1.2 gigahertz (GHz) Dual Core yang paling pantas dalam kategori telefon pintar Android.


Penggunaan platform Android 2.3 Gingerbread turut membolehkan penguna mendapat keupayaan membuka lebih daripada satu aplikasi tanpa sebarang masalah.
Ia juga tidak akan memperlahankan mana-mana aplikasi, jadi anda boleh menonton filem kegemaran sambil melayari Internet.
Galaxy S 2 bukan sahaja mampu berfungsi sebagai peranti yang hebat bagi golongan pekerja tetapi, mampu menjadi pernyataan gaya bagi golongan remaja.
Saiznya lebih nipis iaitu hanya 8.49 milimeter dan berat seringan 116 gram sahaja.
Di Korea, Samsung Galaxy S II terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa tiga hari pertama jualan dan hampir 1 juta unit dalam masa kurang sebulan.




Samsung Galaxy S II malaysia 3 Galaxy S   2 Kelajuan Pemproses 1.2 GHz Dual Core

Samsung Galaxy S II Malaysia | Samsung Galaxy S 2 Malaysia



follower blog isu semasa

ikuti blog ISU TERKINI untuk mengetahui lebih lanjut Tentang Dunia ARTIS, MODEL HANDPHONE TERKINI DAN BERITA SEMASA.. jadilah follower.. dan anda akan setiasa dihidangkan dengan berita sensasi...

dari pihak admin......

Wednesday 5 October 2011

Abby masuk hospital kerana stress

simpati pada abby kerana kini admitted di sebuah hospital di KL krn teramat 'stress' dgn bbrape yg dirasiakan,... bersabar abby dengan cubaan dan dugaan yang menimpa .... kami sentiasa mendoakan kesejahteraan abby
p/s semoga abby cepat sembuh..sama2 lah kita doakan untuk kesihatan abby.. jgn stress k